Ayuh bangkitlah dari lena

Kita bukanlah pemula dan penamat perjuangan tetapi kita penyambung rantai-rantai perjuangan yang dimulakan oleh Rasululullah S.A.W. Hayatilah detik perjuangan ini sehingga berlakunya janji Allah mengenai kepastian tertegaknya khilafah Islamiyyah(kerajaan Islam) semula setelah musnah akibat kelalaian ummat Islam terdahulu kepada anasir musuh Islam yang sentiasa merencana memusnahkan Islam sehingga ke hari dan saat ini. Ayuh bangkitlah dari lena. Ayuh,jangan sekadar membaca,luahkan sumbangan cetusan buah fikiran yang terpendam di ruang komen dalam menyuburkan semangat perjuangan ummah. Takbir! Allahuakhbar!

Kibaran Kalimah Keramat Semaikan Di Jiwa

Adakah anda tahu kewajipan menegakkan agama Allah sebelum anda tiba di blog ini?

24 Mei 2009

Melepaskan batuk di tangga?

situasi : di kalangan masyarakat

di kalangan pelajar yang bermasalah dan berpakaian "over" kerana sudahlah tidak menutup aurat, pakaiannya pula tersangat la tak cukup kain dan sendat menampakkan bentuk tubuh.

"tuk"tuk"tuk".. puan sofia mengetuk pintu.

"masuk", kata orang di dalam.

"Assalamualaikum ustazah" sapa puan sofia.

"Waalaikumussalam"..

"Ustazah, saya lihat pelajar sekarang makin tidak tahu malu dalam soal berpakaian..ustazah cubalah nasihatkan mereka.. Amat membimbangkan", kata puan sofia.

"InsyaAllah, sama-samalah kita menasihati mereka", bicara ustazah kepada puan sofia.

......................

Ada kegusaran di benak ustazah.. " kami para ustazah dan ustaz selalu sahaja diminta nasihatkan orang, sedangkan tanggungjawab adalah bersama-sama dalam saling menasihati.. Bukan hanya meletakkan tanggungjawab menasihati di bahu kami semata-mata tanpa ada usaha dari pihak lain. Tanggungjawab terletak di atas setiap individu muslim. Keadaan bertambah parah, dah la tiada usaha dari pihak kakitangan pekerja staff lain, bilangan ustaz dan ustazah bukannya ramai mana,sekadar 5 orang, nak nasihatkan pelajar-pelajar 3 ribu orang, tak ke namanya mati tu, alamatnya masalah ni ntah bila boleh selesai ataupun tak selesai-selesai malah makin menular masalah... ", monolog ustazah.

dan cerita yang sama di kalangan masyarakat jiran setempat, rakan-rakan, dan pekerja-pekerja.

......................

sampai bila mahu meletakkan segala tanggungjawab di atas bahu mereka yang bergelar ustaz atau ustazah atau mereka yang warak-warak ??

Masih ramai tidak memahami..atau pura-pura tidak memahami...atau tidak ada keyakinan dalam menasihati atau apa ???

Jangan cari alasan, alasan yang tiada berkesudahan dan tiada membawa erti.

Usahalah majukan diri,mantapkan diri agar iman yang lemah yang hanya mampu menidakkan segala kemungkaran di hati bisa dikeluarkan dengan perbuatan menasihati dan tindakan bekerja berusaha ke arah membawa kebaikkan dan mencegah keburukkan secara berhikmah.

Diri kita insan bermaksud pelupa. salinglah kita nasihat menasihati.
bukan sahaja menasihati malah bersedia untuk menerima nasihat atas kekurangan diri.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

وَالْعَصْرِ Demi masa.

إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,

إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

(surah al-Asr : 1-3)

0 Sumbangan Buah Fikiran:

Jangan ketinggalan!

Undi blog ni.

Topblogs @ iLuvislam

BlogMalaysia.com