Ayuh bangkitlah dari lena

Kita bukanlah pemula dan penamat perjuangan tetapi kita penyambung rantai-rantai perjuangan yang dimulakan oleh Rasululullah S.A.W. Hayatilah detik perjuangan ini sehingga berlakunya janji Allah mengenai kepastian tertegaknya khilafah Islamiyyah(kerajaan Islam) semula setelah musnah akibat kelalaian ummat Islam terdahulu kepada anasir musuh Islam yang sentiasa merencana memusnahkan Islam sehingga ke hari dan saat ini. Ayuh bangkitlah dari lena. Ayuh,jangan sekadar membaca,luahkan sumbangan cetusan buah fikiran yang terpendam di ruang komen dalam menyuburkan semangat perjuangan ummah. Takbir! Allahuakhbar!

Kibaran Kalimah Keramat Semaikan Di Jiwa

Adakah anda tahu kewajipan menegakkan agama Allah sebelum anda tiba di blog ini?

29 Mei 2009

PENDAKWAH


28 Mei 2009

25 Mei 2009

Buku

Buku-buku Buku-buku Salahuddin Kakashi

24 Mei 2009

Melepaskan batuk di tangga?

situasi : di kalangan masyarakat

di kalangan pelajar yang bermasalah dan berpakaian "over" kerana sudahlah tidak menutup aurat, pakaiannya pula tersangat la tak cukup kain dan sendat menampakkan bentuk tubuh.

"tuk"tuk"tuk".. puan sofia mengetuk pintu.

"masuk", kata orang di dalam.

"Assalamualaikum ustazah" sapa puan sofia.

"Waalaikumussalam"..

"Ustazah, saya lihat pelajar sekarang makin tidak tahu malu dalam soal berpakaian..ustazah cubalah nasihatkan mereka.. Amat membimbangkan", kata puan sofia.

"InsyaAllah, sama-samalah kita menasihati mereka", bicara ustazah kepada puan sofia.

......................

Ada kegusaran di benak ustazah.. " kami para ustazah dan ustaz selalu sahaja diminta nasihatkan orang, sedangkan tanggungjawab adalah bersama-sama dalam saling menasihati.. Bukan hanya meletakkan tanggungjawab menasihati di bahu kami semata-mata tanpa ada usaha dari pihak lain. Tanggungjawab terletak di atas setiap individu muslim. Keadaan bertambah parah, dah la tiada usaha dari pihak kakitangan pekerja staff lain, bilangan ustaz dan ustazah bukannya ramai mana,sekadar 5 orang, nak nasihatkan pelajar-pelajar 3 ribu orang, tak ke namanya mati tu, alamatnya masalah ni ntah bila boleh selesai ataupun tak selesai-selesai malah makin menular masalah... ", monolog ustazah.

dan cerita yang sama di kalangan masyarakat jiran setempat, rakan-rakan, dan pekerja-pekerja.

......................

sampai bila mahu meletakkan segala tanggungjawab di atas bahu mereka yang bergelar ustaz atau ustazah atau mereka yang warak-warak ??

Masih ramai tidak memahami..atau pura-pura tidak memahami...atau tidak ada keyakinan dalam menasihati atau apa ???

Jangan cari alasan, alasan yang tiada berkesudahan dan tiada membawa erti.

Usahalah majukan diri,mantapkan diri agar iman yang lemah yang hanya mampu menidakkan segala kemungkaran di hati bisa dikeluarkan dengan perbuatan menasihati dan tindakan bekerja berusaha ke arah membawa kebaikkan dan mencegah keburukkan secara berhikmah.

Diri kita insan bermaksud pelupa. salinglah kita nasihat menasihati.
bukan sahaja menasihati malah bersedia untuk menerima nasihat atas kekurangan diri.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

وَالْعَصْرِ Demi masa.

إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,

إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

(surah al-Asr : 1-3)

Buku - Apa Ertinya Saya Menganut Islam? mengupas segala persoalan hingga kewajipan kepada perjuangan Islam

Kewajipan kita dalam menyertai perjuangan Islam - dalam Malaysia tidak ada persatuan lain yang memperjuangkan Islam secara menyeluruh kecuali Parti Islam Semalaysia(PAS). Jika anda menyertai persatuan lain selain PAS, bersedialah untuk disoal di akhirat kelak.



berkenaan Syeikh Fathi Yakan.

Siapakah dia Dr. Fathi Yakan?

Dr. Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari / Syabat (kiraan bulanan kuno di negara Lubnan) 1933 di Tarablus Lubnan. Telah berjaya memperolehi Phd di dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab. Telapun berkahwin dengan Puan Dr. Mona Haddad Yakan dan telah dikurniakan 5 orang cahaya mata ( 4 perempuan dan 1 lelaki). Beliau merupakan diantarakan tokoh gerakan Islam di Lubnan dan di dunia Islam bahkan beliau merupakan diantara pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan bersama-sama dengan lebih kurang 50 orang saudaranya yang lain sejurus selepas mereka menziarahi Dr. Mustafa As-Siba'ie Rahimahullahu di Syria.

Beliau telah menyumbang tenaga di dalam mempelopori fikrah gerakan Islam di dalam dunia Arab dan beliau juga telah menyebarkan risalah-risalah dan tulisan-tulisan yang berbentuk ideologi ke dunia Arab dan Islam sebagai panduan generasi-generasi kebangkitan Islam dan kebanyakan daripada tulisan-tulisan beliau telah diterjemahkan di dalam banyak bahasa. Di antara tulisannya yang terkenal adalah ماذا يعنى إنتمائى للإسلام (Apa ertinya saya menganut agama Islam), مشكلة الدعوة والداعية (Masalah yang berkaitan dengan Dakwah dan Pendakwah) dan banyak lagi.

Beliau juga pernah memenangi kerusi pada pilihanraya Lubnan pada tahun 1992. Beliau juga pernah menyertai Perhimpunan Islam Antarabangsa (International Islamic Conference).

Fakta lain:-

Beliau pernah menolak amalan pilihanraya kerana berpendapat ianya merupakan perkara baru yang tidak di lakukan di zaman Nabi Muhammad saw, tetapi akhirnya beliau akur dengan hanya menyertai pilihanraya sahajalah negara Islam mampu ditegakkan.

website : http://www.daawa.net/

sumber : http://azhari4ummah.blogspot.com/2008/03/biodata-ringkas-berkenaan-syeikh-fathi.html

boleh dapatkan buku ini di kedai buku berhampiran (RM belasan ringgit)
atau
anda boleh baca buku ini secara online di :
http://www.al-islam.com/articles/articles-m.asp




23 Mei 2009

"Andaikan Zainab Ada di Palestina"

" Komen dan pandangan yang bagus. Di Palestina, umat Islam di sana diperangi - dengan senjata - sehingga anak sekecil betis insan gemuk memejamkan mata selama-lamanya.

Di sini, umat Melayu Islam kita - diperangi dengan hedonisme - seusia 15, 16 sudah berclubbing, seusia 12, 13 sudah berani mendermakan dara dan teruna mereka.

Ya Allah, musuh tidak menunggu Muharam untuk meruntuhkan dan menjungkirbalikkan akhlak anak kita. Musuh (bukan Islam) tidak bersendirian mengganyang akhlak anak-anak kita. Mereka - musuh kita di OneMalaysia ini - didukungi oleh pemuka-pemuka bangsa seagama, yang merestui segala-galanya, sama seperti Zionis yang didukungi Mesir, Arab Saudi, Jordan, Turki.

Allah melihat dan berkali-kali memberikan amaran kepada kita, tetapi siapa yang jaga? Semua masih lelap. "




" Mungkin mereka tidak pernah mendegar kata2 Saidina Hussein "Andai dunia ini masih dianggap berharga, bukankah akhirat itu jauh lebih berharga dan mulia. Andai jasad ini memang diciptakan untuk mati, maka bukankah mati di jalan Allah lebih mulia." Wahai umat islam, wahai org yg mengakui diri mereka muslimin tanamkanla dlm jiwa bahawasanya sekiranya Allah menurunkan bala, semua insan tidak kira siapa akan terlibat sekali..... "




" MasyALLAH...satu peulisan yang benar2 menyentuh perasaan..memang tu la hakikat sebenar yang berlaku atas serangan gaza.semoga masyarakat di luar sana membuka minda dari penulisan saudara ini.saya harap saudara FT dapat memeperbanyakkan lagi penulisan seperti ini terutama yang berkaitan dengan penindasan yang berlaku terhadap keluarga rasulullah saaw untuk tatapan insan yang baru belajar seperti saya..Selawat!!! "


-komen pembaca

ayat dia atas adalah antara komen-komen pembaca di artikel yang ditulis oleh Faisal Tehrani mengenai perjuangan di palestin, moga bisa menyuntik kesedaran - http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/05/andaikan-zainab-ada-di-palestina.html?&obref=obinsite

22 Mei 2009

kita adalah "Agent Islam"

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
[Ali-Imran:200]


kita adalah pembawa Islam, yang mempromosikan Islam ke seluruh alam di mana jua kita berada

jadi apakah tindakan kita selaku agent Islam??

suatu yang senang..mulalah dari berperilaku budi pekerti dan akhlak yang baik...

akhlak yang baik..bisa melunturkan perasaan benci dan dendam

dalam sifat lemah lembut berserta senyuman bisa melunturkan sifat marah

akhlak yang baik melakarkan Islam itu indah..............

mari didikkan,tanamkan dan sematkan diri kita dengan akhlak Islamiyyah.

Jangan ketinggalan!

Undi blog ni.

Topblogs @ iLuvislam

BlogMalaysia.com