Ayuh bangkitlah dari lena

Kita bukanlah pemula dan penamat perjuangan tetapi kita penyambung rantai-rantai perjuangan yang dimulakan oleh Rasululullah S.A.W. Hayatilah detik perjuangan ini sehingga berlakunya janji Allah mengenai kepastian tertegaknya khilafah Islamiyyah(kerajaan Islam) semula setelah musnah akibat kelalaian ummat Islam terdahulu kepada anasir musuh Islam yang sentiasa merencana memusnahkan Islam sehingga ke hari dan saat ini. Ayuh bangkitlah dari lena. Ayuh,jangan sekadar membaca,luahkan sumbangan cetusan buah fikiran yang terpendam di ruang komen dalam menyuburkan semangat perjuangan ummah. Takbir! Allahuakhbar!

Kibaran Kalimah Keramat Semaikan Di Jiwa

Adakah anda tahu kewajipan menegakkan agama Allah sebelum anda tiba di blog ini?

24 Mei 2009

Buku - Apa Ertinya Saya Menganut Islam? mengupas segala persoalan hingga kewajipan kepada perjuangan Islam

Kewajipan kita dalam menyertai perjuangan Islam - dalam Malaysia tidak ada persatuan lain yang memperjuangkan Islam secara menyeluruh kecuali Parti Islam Semalaysia(PAS). Jika anda menyertai persatuan lain selain PAS, bersedialah untuk disoal di akhirat kelak.



berkenaan Syeikh Fathi Yakan.

Siapakah dia Dr. Fathi Yakan?

Dr. Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari / Syabat (kiraan bulanan kuno di negara Lubnan) 1933 di Tarablus Lubnan. Telah berjaya memperolehi Phd di dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab. Telapun berkahwin dengan Puan Dr. Mona Haddad Yakan dan telah dikurniakan 5 orang cahaya mata ( 4 perempuan dan 1 lelaki). Beliau merupakan diantarakan tokoh gerakan Islam di Lubnan dan di dunia Islam bahkan beliau merupakan diantara pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan bersama-sama dengan lebih kurang 50 orang saudaranya yang lain sejurus selepas mereka menziarahi Dr. Mustafa As-Siba'ie Rahimahullahu di Syria.

Beliau telah menyumbang tenaga di dalam mempelopori fikrah gerakan Islam di dalam dunia Arab dan beliau juga telah menyebarkan risalah-risalah dan tulisan-tulisan yang berbentuk ideologi ke dunia Arab dan Islam sebagai panduan generasi-generasi kebangkitan Islam dan kebanyakan daripada tulisan-tulisan beliau telah diterjemahkan di dalam banyak bahasa. Di antara tulisannya yang terkenal adalah ماذا يعنى إنتمائى للإسلام (Apa ertinya saya menganut agama Islam), مشكلة الدعوة والداعية (Masalah yang berkaitan dengan Dakwah dan Pendakwah) dan banyak lagi.

Beliau juga pernah memenangi kerusi pada pilihanraya Lubnan pada tahun 1992. Beliau juga pernah menyertai Perhimpunan Islam Antarabangsa (International Islamic Conference).

Fakta lain:-

Beliau pernah menolak amalan pilihanraya kerana berpendapat ianya merupakan perkara baru yang tidak di lakukan di zaman Nabi Muhammad saw, tetapi akhirnya beliau akur dengan hanya menyertai pilihanraya sahajalah negara Islam mampu ditegakkan.

website : http://www.daawa.net/

sumber : http://azhari4ummah.blogspot.com/2008/03/biodata-ringkas-berkenaan-syeikh-fathi.html

boleh dapatkan buku ini di kedai buku berhampiran (RM belasan ringgit)
atau
anda boleh baca buku ini secara online di :
http://www.al-islam.com/articles/articles-m.asp




0 Sumbangan Buah Fikiran:

Jangan ketinggalan!

Undi blog ni.

Topblogs @ iLuvislam

BlogMalaysia.com