Ayuh bangkitlah dari lena

Kita bukanlah pemula dan penamat perjuangan tetapi kita penyambung rantai-rantai perjuangan yang dimulakan oleh Rasululullah S.A.W. Hayatilah detik perjuangan ini sehingga berlakunya janji Allah mengenai kepastian tertegaknya khilafah Islamiyyah(kerajaan Islam) semula setelah musnah akibat kelalaian ummat Islam terdahulu kepada anasir musuh Islam yang sentiasa merencana memusnahkan Islam sehingga ke hari dan saat ini. Ayuh bangkitlah dari lena. Ayuh,jangan sekadar membaca,luahkan sumbangan cetusan buah fikiran yang terpendam di ruang komen dalam menyuburkan semangat perjuangan ummah. Takbir! Allahuakhbar!

Kibaran Kalimah Keramat Semaikan Di Jiwa

Adakah anda tahu kewajipan menegakkan agama Allah sebelum anda tiba di blog ini?

20 Jun 2009

slapen

negeri ini dipimpin oleh kesatuan melayu jantan bacul
yang kerjanya hanya melancap kemaluan rakyat lelaki dan perempuan.

bini mereka sentiasa telanjang.

negeri ini di huni oleh rakyat yang tidur letih nikmat
kerana menteri mereka perintahkan begitu.
mereka taat.

menang-menang.

dari : http://abdullahjonesdua.blogspot.com/2005/12/slapen.html

06 Jun 2009

Nilailah dengan akal bukan dengan yang lain.











HUDUD adalah Hak ALLAH S.W.T

Sudah terang lagi bersuluh hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH S.W.T dan telah termaktub di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:

"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum ALLAH maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, ayat 229).

"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Maaidah, ayat 39)

Kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud

  1. Berzina - iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara'.
  2. Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
  3. Minum arak - minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.
  4. Mencuri - iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
  5. Murtad - iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.
  6. Merompak (Hirabah), iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
  7. Penderhaka (Bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum Islam.
Isu Hudud di Malaysia telah di ekplotasikan oleh puak-puak UMNO/BN bagi menakutkan golongan-golongan Non-Muslim.Mereka menggambarkan bahawa Hudud adalah sesuatu yang kejam dan tidak bertamadun.Mereka telah memberi kefahaman yang salah iaitu Hudud juga tertakluk kepada golongan Non-Muslim.Namun yang sebenar golongan Non-Muslim tidak tertakluk kepada hukuman Hudud mereka juga diberi pilihan jika mahu melaksanakan Hudud tanpa sebarang paksaan.Ini semua telah dinyatakan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dari PAS dan PKR seharusnya tiada lagi salah faham dan jika ada lagi hanyalah dakyah-dakyah dan propaganda jahat dari puak-puak UMNO/BN yang terang-terang tidak mahu melaksanakan Hudud.Berikut adalah ucapan pemimpin UMNO/BN yang beragama Islam tetapi tanpa segan silu menghina Hudud dan turut menghina PAS yang mahu melaksanakan hudud.

sumber : http://naimnikmat.blogspot.com/

EMOSI

Mesti tengok video ni,inilah kenyataan ummat Islam di tindas!
Ayuh wujudkan pemerintahan Islam kembali!
ana sedih melihat kekejaman ini, tapi masih ada yg seolah-olah seperti tiada riak wajah sedih di mukanya pabila melihat video keganasan ni. ana pun tak tahulah mereka,sama2 Islam tetapi hati tidak tercuit melihat kekejaman ke atas saudara seislam. paling tidak pun nilai keperimanusiaan.




moga menjadi pejuang Islam sejati


marilah kita saling berdakwah dan berdoa,moga palestin dan negara Islam bebas. bilakah pemerintahan khilafah Islam kan kembali..oh Tuhanku...berilah kami hidayahMU dan kekuatan kepada ancaman sekularisme yg melanda di seluruh dunia hasil rancangan musuh2 Islam agar kami bisa mengembalikan kegemilangan Islam kembali seperti dulu di zaman pemerintahan Rasulullah saw dan khilafah Ar-Rashidin..walaupun usahaku masih lagi di ibarat setitis air dalam menegakkan kebenaran kalimahMU..kerna janjiMU itu pasti bahwa Islam kan gemilang kembali..sungguh aku merindui saat Islam dijulang.amin..ya Rabbal'alamin..

Jangan ketinggalan!

Undi blog ni.

Topblogs @ iLuvislam

BlogMalaysia.com