Ayuh bangkitlah dari lena

Kita bukanlah pemula dan penamat perjuangan tetapi kita penyambung rantai-rantai perjuangan yang dimulakan oleh Rasululullah S.A.W. Hayatilah detik perjuangan ini sehingga berlakunya janji Allah mengenai kepastian tertegaknya khilafah Islamiyyah(kerajaan Islam) semula setelah musnah akibat kelalaian ummat Islam terdahulu kepada anasir musuh Islam yang sentiasa merencana memusnahkan Islam sehingga ke hari dan saat ini. Ayuh bangkitlah dari lena. Ayuh,jangan sekadar membaca,luahkan sumbangan cetusan buah fikiran yang terpendam di ruang komen dalam menyuburkan semangat perjuangan ummah. Takbir! Allahuakhbar!

Kibaran Kalimah Keramat Semaikan Di Jiwa

Adakah anda tahu kewajipan menegakkan agama Allah sebelum anda tiba di blog ini?

24 Julai 2009

menegakkan kebenaran itu berliku, pedih , dan sengsara

jika perjalanan menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini senang..tiada halangan.. itu bukan perjuangan. cek semula apa yang tidak kena dalam perjuangan itu. Adakah kita berjuang kerana apa? Rasulullah s.a.w. bersabda, "sesiapa yg memperjuangkan hidupnya semata-mata kerana asabiyah (kebangsaan/nasionalism/bangsa) adalah bukan dari kalangan aku".

Perjuangan yang sebenar adalah banyak halangan sebagai ujian menguji tahap keimanan. Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 2-3,

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/


lihat dalam sejarah.. bagaimana Rasulullah s.a.w. menelusuri perjuangan.. menerima cemuhan, perit, sengsara, berdarah dan nyawa terancam. dan begitulah pada mereka yang mengikut sunnah perjuangan baginda. ada yang dibunuh.. diseksa.. dikelar.. berlapar.. merana.. bagi mereka, mereka telah menunaikan janji mereka dan syahid itu impian mereka. berhati-hatilah pada mereka yang munafik, hanya bertopengkan Islam tapi dibelakang menikam-nikam ummat Islam. mengetahui ciri-ciri seorang munafik amat penting dalam perjuangan. orang munafik wujud dari dulu sampai sekarang, jangan fikir hanya pada zaman dahulu sahaja. akhir kata, mengetahui ciri-ciri munafik amat penting supaya kita bukan tergolong dari mereka yang munafik dan tanpa sedar kita menjadi penghalang dan melambatkan perjuangan Islam. Nau'zubillah min zalik.


sorotan kisah terbaru,

hanief.blogspot.com : Dilaporkan wanita Mesir itu ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang lelaki di sebuah mahkamah Jerman. Perbicaraan mahkamah tersebut bekenaan penghinaan penyerang ke atas pemakaian hijab wanita Mesir itu dengan memanggilnya 'pengganas'. Juga dilaporkan suami wanita itu cuba mematahkan serangan, tetapi ditembak pula oleh polis. Wanita yang bernama Marwa al-sherbini dikatakan sedang mengandung.

Liputan media tidak meluas seperti liputan pembunuhan Neda Agha Soltan perempuan Iran yang ditembak di Iran.


Pemuda PAS kutuk pembunuhan wanita Islam di Jerman

DEWAN Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Marwa al-Sherbini, seorang muslimat warga Mesir yang mati ditikam oleh seorang pemuda di sebuah mahkamah di Jerman.

DPP Pusat mempersoalkan bagaimanakah insiden ini boleh berlaku di mahkamah, tempat keadilan ditegakkan. Dimanakah kawalan keselamatan terhadap mangsa dan suaminya. Mengapa semudah itu pembunuh menikam mangsa sebanyak 18 tikaman serta suaminya tanpa apa-apa tindakan pantas pihak keselamatan bagi menghalang tindakan tersebut.

DPP Pusat juga mengutuk tindakan pihak keselamatan menembak suami mangsa yang cuba menyelamatkan isterinya dari serangan pemuda tersebut.

Umat Islam melihat kes ini bersifat rasis (perkauman) dan cubaan menghidupkan sentimen anti Islam (Islamfobia). Sebelumnya, pembunuh tersebut telah didakwa di mahkamah kerana menghina wanita terbabit dengan mengaitkannya dengan pengganas. Apabila dia didapati bersalah, dengan sewenang-wenangnya pembunuh tersebut bertindak ganas dengan menikam mangsa bertubi-tubi tanpa apa-apa halangan dari pihak berkuasa.

Lebih menyedihkan suaminya pula ditembak oleh pengawal keselamatan hanya kerana menyelamatkan nyawa isterinya. Seolah-olah pihak berkuasa meredai tindakan pembunuhan ini!

Bagi mendapatkan keadilan, di samping menuruti hak asasi manusia, DPP Pusat mendesak kerajaan Jerman memohon maaf kepada umat Islam di atas insiden yang berlaku. Pembunuh tersebut mesti dihadapkan ke mahkamah dan dihakimi dengan seadilnya.

DPP Pusat menegaskan kejadian seumpama ini tidak harus berulang. Umat Islam tidak meredai tindakan zalim dan ganas ke atas sesiapa pun, justeru hargailah nilai kemanusiaan ini.



Perjuangan
Nasyeed From Saff-one(Malaysia)



Ilmu itu pelita, penyuluh jalan..penggerak ekonomi..
contohilah tokoh ilmuwan Islam seperti ibnu Sina, al-kawarizmi dan lain-lain, dalam berjuang.. ilmu dunia dan akhirat jangan ditinggal dan perlu seimbang..tanpa ilmu tak ke mana kita..kita dibedil yahudi laknatullah sebab kita lemah..tak bersatu padu..miskin..kurang ilmu..malas membaca..hanya menjadi pengguna barang buatan yahudi..tidak menjadi pengeluar barangan..sampai bila..
Perkasakan ilmu, ilmu pembangun ummah!

mari dengar lagu tema pas untuk suntik semangat jom

14 Julai 2009

manek urai...

harini warga manik urai akan mengundi
cuti umum tuan guru berikan kepada semua kakitangan kej n swsta
moga mereka akan membuat percaturan yang terbaik untuk masa hadapan
antara yang hak atau yang batil
antara membangun bersama islam atau 1malaysia
antara pilihan 'aqal' atau pilihan 'nafsu'
percaturan ini akan menjadi kayu ukur kemahsyuran pemerintahan ulama
atau kegemilangan nafsu manusia
ramai rakyat kelantan terkilan, najib xdatang bertandang
ramai jugak yang gembira bilamana pimpinan pakatan rakyat mendampingi mereka...
sudah suratan takdir
antara dua pilihan
yang manakah menjadi rebutan
moga keputusan hari ni membawa lebih banyak kemaslahatan berbanding kemudharatan di hari kemudian...

Jangan ketinggalan!

Undi blog ni.

Topblogs @ iLuvislam

BlogMalaysia.com